aku lihat matahari memancar di sebalik gunung,
aku lihat awan bearak tenang di langit,
aku perhatikan ciptaan Tuhan yang tiada tandingan,
Aku lihat manusia ciptaan Tuhan yang pelbagai rupa,
namun ada  keganjilan,
mengapakah mereka berpakaian tetap telanjang,
mengapa mereka menghapus dahaga dengan air kencing syaitan,
mengapa mereka menenangkan hati di dalam pusat hiburan,
mengapa mereka merintih kesakitan kepada rakan.
mengapa tidak mereka meminta Tuhan untuk
diberi pertolongan,
malah mereka hanya mampu meraung dan menangis tidak menentu,
 tuhan adalah tempat kita mengadu,
tempat kita merintih,
tempat kita menenangkan hati selain Al-Quran,
tidak cukupkah segala nikmat pemberianNya
 kepada hamba-hambanya ini...
hanya kepadaNya kita dicipta dan dikembalikan,,

Sedekahkn AL-FATIHAH buat diri kita sendiri agar sentiasa di bawah payung kerahmatan dan perlindunganNya..INSYAALLAH..

Created by : FASIHAH FITRI_ISKANDAR

No comments: