[NOTA KECIL] AKU INDEPENDENT?

Tak perlu nak fikir aku ini independent
Kenapa perlu anggap aku ini hebat? 
Aku nampak independent
Tapi aku bukan fully independent 

Aku suka buat kerja sendiri
Aku suka bergerak sendiri
Aku suka buat kawan baru sendiri
Aku suka majukan diri sendiri
Aku suka berkawan tapi masih belum jumpa siapa lawan siapa kawan
Aku tak perlu tunggu orang untuk capai apa saya nak
Aku tak perlu tunggu orang untuk pergi ke tempat saya nak pergi
Aku tak suka menunggu dan aku tak suka ditunggu

Aku ada sebab kenapa aku sendiri
Sebab
Aku susah percayakan sesiapa lagi
Beruntunglah mereka yang aku percayai
Beruntunglah mereka yang ada simpan rahsia diri
Yang aku percaya mungkin akan mengkhianati
Tapi aku harap percaya aku takkan dikhianati

"Takpa dia okay je sendiri"
"Takpa bukan dia kisah pun"
"Takpa dia dah biasa gerak sendiri"
"Takpa dia okay je aku pergi"

Aku tak kisah? 
Aku KISAH
Aku ada perasaan
Aku ada rasa sedih,  gembira, terasa
Tapi kenapa aku pendam? 
Kenapa aku tak suka bagitahu orang? 
Sebab aku tahu
Nanti kawan aku terasa
Nanti dia berkecil hati 
Nanti dia akan jauhkan diri 
Dan aku pendam
Bila orang memperlekehkan aku
Nampak macam gurauan tapi kau tak sedar itu menyakitkan

Aku tak kental
Aku tak sado
Hakikatnya aku juga hati tisu
Aku juga punya rasa untuk diambil tahu
Aku juga tahu menangis
Tapi
Aku tak pandai tunjuk
Aku tak pandai nak ekspres kan diri
Aku cuma tak tahu 

Jangan anggap aku independent 
Aku nampak independent 
Tapi aku tak fully independent 



[NOTA KECIL] MASA DEPAN

Ada apa pada masa depan
Ada apa perlu disediakan
Ada apa perlu dipersiapkan
Untuk menghadapi masa depan

Masa depan
Manusia hanya mampu merancang
Tuhan sahaja mampu menentukan
Tuhan saja tahu apa akan jadi

Masa depan
Kita mungkin dah memiliki segulung ijazah
Kita mungkin dah jadi graduan Master/PHD
Kita mungkin sudah berumah tangga
Kita mungkin menemui ajal di zaman muda
Kita mungkin hilang
Apa yang kita ada
Pada masa sekarang

Masa depan
Kita tak sabar nak tahu
Kita tak sabar nak ke masa depan
Tapi
Bersediakah kita?
Nampak bahagia orang lain di zaman remajanya
Nampak bahagia mereka yang sudah bekerja
Nampak bahagia mereka yang sudah berumah tangga
Tapi
Kita tak nampak betapa payahnya mereka
Betapa bersungguh menyara kehidupan
Menyara keluarga
Menyara kos hidup yang semakin tinggi

Masa depan
Tak boleh dijangka pahit manisnya
Tak boleh dijangka likuan perjalanannya
Tak boleh dijangka lopak yang bakal mengotori
Manusia
Bersedialah menghadapinya
Ianya akan datang
Tapi
Bukan sekarang
Bersabarlah

[NOTA KECIL] SUATU HARI

Suatu hari
Aku tahu kita pasti akan bertemu
Tak sekarang mungkin nanti
Tak nanti mungkin akan datang
Atau bukan di alam realiti

Suatu hari 
Aku terbayang
Macam mana agaknya kalau kita terserempak
Apa reaksi kita berdua
Mungkin kau nampak aku
Lepas itu kau larikan diri
Mungkin aku nampak kau
Tapi aku buat-buat tak nampak
Sebab aku takut
Aku takut aku tak tahu nak cakap apa
Mungkin juga aku terkejut
Gementar
Sebab
Aku tak pernah bercakap depan-depan dengan kau

Suatu hari
Aku terfikir
Kenapa kau pergi tanpa kata
Kenapa kau diamkan diri
Kenapa kau nampak macam biasa
Macam tiada apa berlaku
Adakah kau punya rancangan?
Adakah kau sengaja melakukan itu?
Atau kau mahu menguji

Suatu hari
Aku terdetik
Patutkah aku maju ke hadapan
Patutkah aku biarkan semuanya di belakang
Tanpa menoleh walau sesaat, selangkah
Untuk melupakan semua 
Dan mulakan semula
Tapi
Aku tahu
Hikmah itu pasti akan hadir
Lambat atau cepat
Sekarang atau kendian
Semoga kau dan aku baik-baik sahaja.
Harapnya.

[NOTA KECIL] KASIH NENDA

Nenda, 
Kakak takkan lupakan nenda, 
Walaupun kakak tak selalu bercakap dengan nenda, 
Tapi nenda tetap ingat kakak
Nenda tak pernah sisihkan kakak
Nenda layan kakak penuh prihatin

Nenda,
Dulu dengan sekarang tak sama
Dulu nenda ada 
Sekarang nenda takda 
Dulu kakak ada dua nenda
Sekarang kakak ada seorang nenda saja

Nenda,
Kakak takkan pernah lupa,
Kakak akan sentiasa ingat waktu itu, 
Waktu nenda berada icu, 
Kakak masuk wad icu,
Kakak masuk demi nak jumpa nenda, 
Walaupun masa itu, 
Kakak baru Darjah 5

Nenda, 
Waktu itu, 
Kakak tak sanggup tengok keadaan nenda
Kakak bersyukur nenda masih mampu berkata-kata
Tapi kakak tak mampu 
Kakak tak mampu lihat nenda dicucuk hos kecil berjela
Kakak tak mampu tahan air mata
Kakak terpaksa luahkan pada nenda
Walaupun nenda tak suka
Lihat kakak berjurai air mata

Nenda, 
Nenda kata nenda tak apa
Nenda kata nenda akan sihat semula
Kakak pegang tangan nenda
Kakak rasa hiba
Kakak rasa takut
Kakak takut nenda tinggalkan kakak
Tapi nenda 
Nenda tipu
Nenda pergi tinggalkan kami
Nenda tinggalkan kami pada hari pertama Ramadhan
Nenda tinggalkan kami semua dengan hiba
Kakak tak mampu nenda

Nenda, 
Kini suasana tak seperti dulu, 
Keluarga tak bersatu selalu, 
Kami dah tak bersua, 
Kami tak berhubung sehala, 
Kami semua sudah tidak sekata

Nenda, 
Kakak tak faham nenda
Kenapa jadi begini
Kakak perlukan semangat nenda
Kakak juga perlukan keluarga saudara mara bahagia
Tapi setelah nenda tiada
Hilangnya sinar kebahagiaan dalam keluarga ini

Nenda, 
Kakak akan sentiasa doakan nenda
Semoga Allah rahmati nenda
Terima kasih untuk segalanya
Kasih Nenda tidak terhingga

[NOTA KECIL] JODOH

"Betul ke jodoh kena cari?"
"...Kenapa perlu cari, sedangkan boleh jumpa dalam doa? "

Jodoh. 99% manusia dekat dunia ini nak berkahwin sama ada lambat atau cepat sahaja. Itu semua ketentuan Allah.  Kenapa orang selalu mencari jodoh?  Menggunakan ejen perantaraan untuk dipertemukan dengan pasangan yang dirasakan serasi bersama.  

Kita selalu rasa jodoh itu datang bila kita usaha. Kita approach si bunga/kumbang supaya dia perasan kehadiran kita dan akhirnya kita dekatkan diri dengan dia, kita caring pasal dia, dan akhirnya kita merasakan kita sudah bertemu jodoh. 

"... Kenapa perlu cari jodoh, sedangkan boleh jumpa dalam doa? "

Usaha yang dimaksudkan bukan sahaja dengan mencari pasangan serasi di muka bumi ini. Usaha dalam mencari jodoh boleh dilakukan dengan doa dan pengharapan pada Tuhan. 

Manusia selalu lupa satu perkara paling mustajab perlu dilakukan bila inginkan sesuatu. Doa itu senjata mukmin. Berdoalah setamaknya kepadaNya, Allah akan memperdengarkan.  

Nak jodoh yang baik?  Doa. 
Nak jodoh yang soleh/solehah? Doa. 
Nak jodoh yang serasi?  Doa. 
Nak jodoh yang kacak?  Doa. 
Nak dia(seseorang) menjadi jodoh kita? 
Berdoalah jua. 

Boleh jadi kita dipertemukan dengan jodoh melalui doa. 
Rezeki Allah itu luas dan ia berada di mana sahaja.  

Andai kita sudah ada yang punya, tapi kita masih ragu-ragu tentangnya, 
Berdoalah. 

Andai kita hanya berkawan rapat sahaja tapi punya rasa yang lainnya, berdoalah. 

"Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu, 
Jodoh yang baik di dunia dan akhirat, 
Jodoh yang mampu membimbingku ke jalanMu, 
Jodoh yang mampu memeliharaku dikala suka dan duka,
Pertemukanlah aku bila tiba waktunya"

"Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu, 
Kau peliharalah dia untukku, 
Jika dia membawa kebaikan pada diriku, 
Dan kau jauhkanlah dia dari ku, 
Jika dia membawa keburukan pada ku, 
Sesungguhnya Aku yakin dengan ketentuanMu"

Mungkin juga kita pernah buat silap dimasa lalu.  Kita hanyut dengan maksiat dunia, kita hanyut dengan perkara sia-sia. 
Tapi Allah itu Maha Pengampun, kita masih punya masa. 
Berdoalah.  
Berdoalah meminta petunjuk dariNya
Berusahalah. 
Berusahalah berubah ke arah kebaikan. 

Apa yang disampaikan hanyalah nukilan/pendapat daripada penulis. Saya juga berbesar hati jika dapat menerima pendapat baru. Terima kasih.