hari ini,
semua orang mahukan pembaharuan,
tetapi ada satu kesulitan,
dugaan yang tak menentu,
nafsu terus bermaharaja di dalam jiwa,
penghijrahan ini sukar dilakukan.
apabila terlalu lama berfikir,
ia akan berakhir dengan satu kekecewaan,
kekecewaan yang tak sudah,
umpama kehilangan orang yang disayangi,
tetapi,
kalau usaha itu tidak putus,
semuanya akan berjalan dengan lancar,
penghijrahan tiada halangan dari sesiapa,
hari ini,
manusia mencari ketenangan,
mencari petunjuk yang diharapkan tak akan putus,
di tahun baru ini,
manusia akan terus mahu berubah,
berubah dari BURUK kepada yang BAIK..
yang sudah sediakala baik...
akan terus berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada-NYA..
sehingga hari ini,,
dan mungkin hingga akhir zaman ini,
manusia akan terus melakukan penghijrahan,
agar diri sentiasa dilimpahkan rahmat ALLAH,
sehingga ke akhirnya,,, insyaAllah.....
created by : FASIHAH FITRI ZULKIPLI_ISKANDAR
No comments:
Post a Comment