Semalam kita berkongsi cerita tentang PERSAHABATAN. Baiklah, hari ni Aku nak Kongsilah sedikit pendapat tentang apa yang terdapat di sekeliling kita. Sepanjang aku tak berpeluang untuk meng'update' blog kesayangan aku ni, aku melalui banyak liku-liku yang sukar untuk di seberang. Tetapi akhirnya dn orang anggap aku ni kejam sebab biarkan orang yang sangat ''percayakan'' seorangan tanpa teman. Kadang-kadang dia cari kawan sendiri. Aku mungkin dahulu bukan jenis seperti itu tapi aku terpaksa buat sebab aku tidak mampu menyeksa diri aku dengan hanya perkara yang kecil sebegitu.engan izin Yang Maha Esa, aku dapat menyelesaikannya dengan mudah walaupun perit. Pernah tak dengar orang cakap biar pahit untuk dikata kerana semanis mana pun pasti ada yang tersinggung. Aku cuba beranikan diri aku untuk melakukan sesuatu yang aku jarang buat. Aku cuba larikan diri dari seorang teman untuk mencari kebahagaian dalam persahabatan. Mungki
.jpg)
Dekat sini aku bukan nak belagak menjadi seorang motivator, aku bukan nak belagak seperti seorang pelajar yang genius, aku tidak pernah walau sekali pun terlintas untuk membongak kerana di sini aku sekadar mahu berkongsi pendapat yang aku rasa aku patut kongsikan. segala apa yang aku tayangkan di dalam blog aku ni adalah sebagai panduan kepada kawan-kawan tentang keperitan menjadi diri aku. Kadang hidup kita ni gembira. Cuba kamu semua tanya pada diri sendiri, pernah tak kita sakitkan hati kawan kita?
pernah tak kita meninggi suara dengan kawan kita?
pernah tak kita marah kawan kita walaupun pada asalnya kita tak berniat untuk memarahinya?
Menipulah kalau ada insan mengatakan bahawa dirinya tidak pernah sakitkan hati sesiapa pun.
Sungguh insan itu menipu... Ingat... semua orang memang pandai menipu tetapi kadang-kadang ia kan jatuh juga akhirnya.
Biarlah kita bersikap jujur walaupun pahit untuk dikatakan, biarpun manis ayatnya, kadang-kadang kita tak tau apa yang orang rasa bila mereka mendengarnya. sepanjang masa, kadang-kadang hidup kita diselubungi perasaan sedih. Setiap orang ada perjalan hidup yang berbeza-beza. Biarlah orang yang berkasih mengatakan mereka sepadan, secocok padahal pada hakikatnya Allah menciptakan kita dengan perjalan hidup yang berbeza-beza. Kita sebagai hamba dan khalifah di bumi ini perlu berusaha dan berdoa tanpa putus kepadaNya supaya sentiasa dipermudahkan segala urusan dan diberi keberkatan sepanjang hari.

Tetapi saya tanya pada diri sendiri, apa gunanya kita salahkn orang lain?? tidak ada guna.. apabila kita menyalahkan orang lain, orang yang dipersalahkan akan menerima hukuman padahal itu bukan kesalahan dia. Kesian kan?? hmm.... renung2kan.. fikir2kan...fikir kembali apa yang dah kita lakukan sepanjang kita menjadi khalifah di bumi ini.
Sekali lagi, aku bukanlah orang yang layak untu memberi nasihat, sebab aku pun bukan manusia sempurna. jadi kita sama-samalah menasihati antara satu sama lain. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment