[NOTA KECIL] JODOH

"Betul ke jodoh kena cari?"
"...Kenapa perlu cari, sedangkan boleh jumpa dalam doa? "

Jodoh. 99% manusia dekat dunia ini nak berkahwin sama ada lambat atau cepat sahaja. Itu semua ketentuan Allah.  Kenapa orang selalu mencari jodoh?  Menggunakan ejen perantaraan untuk dipertemukan dengan pasangan yang dirasakan serasi bersama.  

Kita selalu rasa jodoh itu datang bila kita usaha. Kita approach si bunga/kumbang supaya dia perasan kehadiran kita dan akhirnya kita dekatkan diri dengan dia, kita caring pasal dia, dan akhirnya kita merasakan kita sudah bertemu jodoh. 

"... Kenapa perlu cari jodoh, sedangkan boleh jumpa dalam doa? "

Usaha yang dimaksudkan bukan sahaja dengan mencari pasangan serasi di muka bumi ini. Usaha dalam mencari jodoh boleh dilakukan dengan doa dan pengharapan pada Tuhan. 

Manusia selalu lupa satu perkara paling mustajab perlu dilakukan bila inginkan sesuatu. Doa itu senjata mukmin. Berdoalah setamaknya kepadaNya, Allah akan memperdengarkan.  

Nak jodoh yang baik?  Doa. 
Nak jodoh yang soleh/solehah? Doa. 
Nak jodoh yang serasi?  Doa. 
Nak jodoh yang kacak?  Doa. 
Nak dia(seseorang) menjadi jodoh kita? 
Berdoalah jua. 

Boleh jadi kita dipertemukan dengan jodoh melalui doa. 
Rezeki Allah itu luas dan ia berada di mana sahaja.  

Andai kita sudah ada yang punya, tapi kita masih ragu-ragu tentangnya, 
Berdoalah. 

Andai kita hanya berkawan rapat sahaja tapi punya rasa yang lainnya, berdoalah. 

"Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu, 
Jodoh yang baik di dunia dan akhirat, 
Jodoh yang mampu membimbingku ke jalanMu, 
Jodoh yang mampu memeliharaku dikala suka dan duka,
Pertemukanlah aku bila tiba waktunya"

"Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu, 
Kau peliharalah dia untukku, 
Jika dia membawa kebaikan pada diriku, 
Dan kau jauhkanlah dia dari ku, 
Jika dia membawa keburukan pada ku, 
Sesungguhnya Aku yakin dengan ketentuanMu"

Mungkin juga kita pernah buat silap dimasa lalu.  Kita hanyut dengan maksiat dunia, kita hanyut dengan perkara sia-sia. 
Tapi Allah itu Maha Pengampun, kita masih punya masa. 
Berdoalah.  
Berdoalah meminta petunjuk dariNya
Berusahalah. 
Berusahalah berubah ke arah kebaikan. 

Apa yang disampaikan hanyalah nukilan/pendapat daripada penulis. Saya juga berbesar hati jika dapat menerima pendapat baru. Terima kasih. 

No comments: