[NOTA KECIL] SUATU HARI

Suatu hari
Aku tahu kita pasti akan bertemu
Tak sekarang mungkin nanti
Tak nanti mungkin akan datang
Atau bukan di alam realiti

Suatu hari 
Aku terbayang
Macam mana agaknya kalau kita terserempak
Apa reaksi kita berdua
Mungkin kau nampak aku
Lepas itu kau larikan diri
Mungkin aku nampak kau
Tapi aku buat-buat tak nampak
Sebab aku takut
Aku takut aku tak tahu nak cakap apa
Mungkin juga aku terkejut
Gementar
Sebab
Aku tak pernah bercakap depan-depan dengan kau

Suatu hari
Aku terfikir
Kenapa kau pergi tanpa kata
Kenapa kau diamkan diri
Kenapa kau nampak macam biasa
Macam tiada apa berlaku
Adakah kau punya rancangan?
Adakah kau sengaja melakukan itu?
Atau kau mahu menguji

Suatu hari
Aku terdetik
Patutkah aku maju ke hadapan
Patutkah aku biarkan semuanya di belakang
Tanpa menoleh walau sesaat, selangkah
Untuk melupakan semua 
Dan mulakan semula
Tapi
Aku tahu
Hikmah itu pasti akan hadir
Lambat atau cepat
Sekarang atau kendian
Semoga kau dan aku baik-baik sahaja.
Harapnya.

No comments: