[NOTA KECIL] Aku Bukan Insan Sempurna

Aku bukan insan sempurna
Aku juga pernah buat dosa durjana
Aku juga pernah hidup merana
Dan aku tahu hidup bukan kekal selamanya

Aku bukan insan sempurna
Aku pelajar cerdik bijaksana
Aku selalu menang anugerah sini sana
Tapi masih bukan manusia sempurna
Kerana aku belum bertemu keredhaanNya

Bukanku tak cuba jadi sempurna
Aku cuba sedaya upaya
Tapi aku insan lemah segalanya
Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang taat pada Tuhannya

Aku selalu mencari sempurna
Aku selami cinta manusia
Aku selami hati manusia
Namun tidak pernah ku sangka
Mereka anggap aku langsung tak sempurna

Sempurna
Tak semua mampu jadi sempurna
Tak semua mampu menjadinya
Tapi
Mereka cuba menjadi sempurna
Bukan untuk nama
Bukan untuk pangkat
Bukan untuk pujian

Sempurna
Jadilah dirimu yang sempurna disisi Tuhan Yang Maha Esa
Jadilah dirimu yang selalu berdamping dengan ilmu agamaNya
Jadilah dirimu yang taat pada perintahNya
Kejarlah cinta akhirat lebih daripada cinta dunia
Kelak kau kan menjadi hamba yang dirahmati olehNya

Nukilan : FF'17

No comments: