[NOTA KECIL] Demi Setia

Kata orang
Menunggu itu satu penyeksaan
Sama ada yang menunggu
Atau ditunggu

Kata orang
Setia itu plastik
Kalau terkena api
Plastik akan cair
Lalu dipanggil sampah
Adakah setia itu sampah?

Itu orang kata
Ini hati yang kata

Kata Hati
Setia itu satu janji
Janji yang terikat tanpa kita sedari
Janji yang tak terucap walaupun secara lisani
Kerana hati percaya
Setia itu datang dari hati sendiri

Setia itu indah melati
Indah seperti mekarnya bunga di pagi hari
Bila janji ditepati
Hati pasti senang hati
Kerana Tuhan mempermudahkan
Menyatukan dua hati

Hati percaya
Setia itu bukan sampah
Setia perlukan percaya
Percaya bersama seadanya
Tapi percayakah kita akan setia?

Berdoalah sebanyaknya
Memintalah pada Yang Esa
Peliharalah dia dimana jua
Pertemukanlah bila tiba masanya
Kerana doa adalah ikatan mereka
Dan ku lakukan semua ini
Demi setia

Nukilan : FF'17

No comments: