[NOTA KECIL] Disleksia

Aku sempurna tumbuh badan
Aku cukup kaki tangan
Tetapi
Aku tak seperti orang lain
Aku lain daripada lain
Aku kurang akal fikiran
Lebih mudah
Aku disleksia

Aku mudah menghafal apa yang ku dengar
Aku petah berbicara apa yang ku tahu
Tapi aku kurang satu perkara
Aku masih merangkak membaca di usia mudaku
Kerana aku
Disleksia

Saat aku ke sekolah
Aku rasa terhina
Aku tak macam orang lain
Aku tak mampu jadi pandai seperti mereka
Aku bodoh membaca
Tambah lagi aku rabun pula

Disleksia
Dia buatkan dunia aku terbalik
Dia buatkan huruf b jadi d
Dia buatkan aku jadi lembab
Tetapi
Ini semua bukan salah disleksia

Disleksia
Tiada pil atau suntikan boleh memulihkannya
Tiada minuman atau herba yang mampu menyembuhkan
Hanya usaha penawar mujarabnya

Aku mampu
Aku mampu tangani disleksia
Aku tahu
Aku mampu jadi manusia normal
Kerana aku juga mahu hidup seperti mereka
Aku mahu dianggap sama rata

Hari ini
Aku berjaya
Aku mampu membaca
Aku paksa diri kenali setiap kata
Kini aku sudah berjaya
Walaupun aku
Disleksia

Nukilan : FF'17

No comments: