Keringat Seorang Insan Bernama Ayah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .
Hai rakan-rakan .
Hari ini jom kita sama-sama baca kisah sahabat ni mengenai kekeluargaan . 
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat.
Pada waktu itu kami sedang minum petang bersama di Dewan Makan Asrama .
Jadi di kesempatan itu , kami buat slot DILEMA WANITA . Haaa ...
Sama-samalah kita dayung sampan menuju ke alam realiti kehidupan ini .
Jom !!!



 Hari ini , aku rasa ayah kelihatan penat sangat . Aku tak mampu nak bertanyakan ayah perihal kesihatan jiwa raganya yang semakin uzur .
Suatu hari , aku membantu ibu di dapur bagi menyediakan hidangan makan malam .
Ibu merupakan seorang kerani di salah sebuah sekolah kerajaan .
Biasanya ibu akan pulang lewat petang dan kadang kala tiba di rumah kala waktu kian senja .
Sudah menjadi kebiasaan buat kami untuk menguruskan diri sendiri .
Aku memerhatikan ibu memasak dan menyediakan bahan-bahan untuk dimasak .
Sedang kami leka memasak , ibu meluahkan rasa penat dan lelahnya dek kerana kerja yang bertimbun di pejabat .
Katanya , tugasannya di pejabat lebih memenatkan daripada ayah yang hanya perlu duduk di rumah dan menyediakan tempahan makanan segera sekiranya ada .
Aku tak mampu nak meluahkan sebarang pendapat kerana aku takut sekiranya setiap kata yang aku lontarkan akan menjadi doa yang termakbul kelak .
Hatiku berbisik sayu mendoakan agar ibu dan ayah dilembutkan hati dan saling memahami antara satu sama lain .
Kadang kala , aku termenung sendirian .

 Adakah ini yang dinamakan dugaan dalam berumah tangga ?
Pada zaman sekarang , aku lihat manusia berkahwin seperti membeli buku di kedai . Sungguh mudah . 

Yang muda pun , masing-masing tidak sabar mahu berkahwin.
Sedang kami berbual kosong , ibu bercerita pula mengenai menantu .
Aku mendengar hanya sekadar membasahkan telinga dan tidak begitu mengambil serius .
Lagipun usiaku belum pun menjejak umur 20-an .
Sehari sebelum itu , ibu mengunjungi sekolah adik bagi menemaninya mengambil anugerah .
Salah seorang kenalan ibu menyatakan salah seorang guru lelaki bujang yang bertugas disitu berkenan dengan aku .
Aku diamkan diri tanpa berkata walau sepatah pun . Hanya gelak tanda memberi respon .
Sungguh aku tak percaya bahawa aku sudah pun meningkat dewasa .
Suatu hari , kami sekeluarga keluar bersama bagi menikmati makan malam di salah sebuah restoran .
Ayah memang seorang ayah yang baik dan faham kehendak anak-anaknya walaupun dia tidak pernah menonjolkan perwatakan sebenarnya di hadapan kami .
Kami makan besar pada malam tersebut .
Aku gembira melihat ayah gembira kerana selama ini aku lihat ayah kelihatan penat menyiapkan tempahan makanan segera hak milik keluarga .
Beberapa tahun yang lepas , ayah mengalami sesak nafas dan dadanya berdegup kencang .
Kami begitu risau dengan tahap kesihatannya memandangkan ayah tidak mahu dirawat di mana-mana hospital .
Kini ayah masih mampu berdiri di atas kaki sendiri walaupun kadang-kadang ayah mengadu sakit tangan .
Suatu hari , ayah tanya kami .

'' Kenapa ibu selalu beli baju mahal - mahal ? Ayah punya takda pun "
Kami hanya gelak sendiri dan agak pelik dengan soalan ayah .
'' Kalau ibu beli pun , ayah bukannya nak pakai '' kata adik .
" Ibu tak pernah tanya ayah suka baju apa ,, sebab tu ayah tak pakai . Raya pun mana ada baju baru untuk ayah"

...

'' Raya pun mana ada baju baru untuk ayah ''

...

Kami terus terdiam . Sedikit serba salah . Betul cakap ayah . 
Kenapa aku tak pernah terfikir ?
Selama ini aku anggap kalau beli baju Melayu untuk ayah , ayah pakai waktu raya sahaja . Jadi mesti membazir .
Dan kadang-kadang sebahagian daripada baju kami merupakan hasil wang titik peluh ayah juga.
Tapi aku baru terfikir , sama je kalau aku beli baju raya , bila tak muat , aku sedekahkan dekat orang .
Selama ini aku fikir ayah tak kisah , tapi rupanya ...
Ayah terasa hati dengan kami .
Cuma ayah tak cakap dekat ibu ..,
Ayah cakap dalam hati , ayah simpan sendiri .
Kenapa ayah ?
Andainya aku punya duit yang banyak ,
Andainya aku dapat tunaikan apa sahaja apa yang ayah mahu ,
Andainya suatu hari aku dapat belikan ayah sepasang baju melayu hasil titik peluh ku sendiri ,
pasti aku akan belikan setiap kali raya tiba .

Walaupun perniagaan ayah kian maju , namun kami tidak pernah berasa sombong atau sama sekali menunjukkan sifat tinggi diri terhadap orang lain .
Hey rakan-rakan , ingatlah . 
Walaupun ibu yang melahirkan , namun jasa dan pengorbanan ayah jangan dilupakan !
Dalam doa , aku takkan lupakan untuk bermohon kepada Allah Yang Esa agar membuka pintu rezeki seluasnya buat ibu dan ayah dan dihindarkan daripada kesempitan hidup .
Siapa lagi yang mahu mendoakan mereka selain daripada kita , ANAK KANDUNG .

...

SELAMAT KEMBALI ...
Dah baca ? Anda menangis ?
Saya dah menangis teresak-esak sebelum anda .
Oh lupa nak beritahu nama kawan saya tu Ilham .

Saya tak pasti apa yang orang berada dan berharta rasa apabila membaca post ini . 
Sebab bagi saya , golongan ini mungkin tiada masalah seperti Ilham . 
Mungkin ...
Tapi orang yang sederhana dan tidak mempunyai harta seperti saya dapat rasa apa yang 
Ilham rasa . Cuma mungkin tidak seperit apa yang Ilham lalui .

Tak sangkakan seorang bapa pun ada perasaan macam itu .
Kadang-kadang kita terlepas pandang akan sesuatu yang remeh temeh padahal yang remeh tu lagi penting daripada yang lebih sukar .



Semoga dapat dijadikan pengajaran dan panduan buat semua .
In shaa Allah .
Yakinlah bahawa Allah S.W.T sentiasa ada untuk membantu kita .




1 comment:

Anonymous said...

Saya menangis teringatkan pengorbanan dan keringat dari susuk seorang ayah dan pakcik yang telah membesarkan saya. Alhamdulillah setelah bekerja saya mampu membahagiakan ayah tapi saya lalai membahagiakan pakcik saya. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya…