PERKONGSIAN ILMU : IKHTILAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum .
Haa nampak tajuk post kali ini apa . 
Walaupun ada orang yang dah tahu , tapi ada je orang tak tahu .
Kita manusia lemah , iman kita pun senipis kulit bawang .
Jadi apa salahnya kalau kita sama-sama menuju ke jalan yang lebih diredhai . In shaa Allah .
Perkongsian ilmu ini saya dapat daripada salah seorang ahli Badan Dakwah &  Kerohanian sekolah saya .
Sama-sama kita hayati . 



...

IKHTILAT

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan deorang wanita bukan mahram di phone..
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul2 menyentuh hati kami semua....
.
syeikh: kamu suka dia?
Fulan : ya syeikh....
.
syeikh: kamu suka tu suka2 atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi
pembantu agamamu?
.
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya.
.
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh.. dalam 3 tahun lagi...
.
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?
.
kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?
.
kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,
dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar2 ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih
suci?
.
wanita umpama air mutlak mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..
ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis dan sebagainya..
apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
-
Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata2 palsu, mereka akan
mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran..
-
sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main2 kecuali mereka benar2 bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka
dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..
-
itu tandanya akal mereka sangat pendek.. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka..
-
bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita utk dekati zina..
-
dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu tlah haram krna perintah ini..
-
jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...
sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalanhh mereka penuh dengan dosa zina.....
-
apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?
-
Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi...
-
fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk
mengawan...
-
wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan
lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...
-
sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka.. jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah kalau bukan LELAKI???
lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah...
-
.
Kite kena sedar, suatu msa nanti kite pun akan ad anak..
Sukakah kite klu ank prmpuan kite berhubung bermanja, bersayang secara haram dgn llaki bkn mahram.. 
Atau sukakah kite melihat ank llki kite berfoya2 dgn pra muslimah diluar sna...
.
Shbt2 sekalian renungkanla...
Kite kata kite ingin mmbina baitul Muslim mngikut sunnah Rasulullah S.A.W... Nmun kite sendiri yg merosakknnya...baitul Muslim mstilah dibina selari dgn kehendak syara'...bkn dgn khndak hwa nafsu y mmpermain2kn kita smua..

...

Anda terasa atau sentap dengan perkongsian di atas ?
Saya pun sama .
Jadi marilah kita renung-renungkan dan amalkan .
Sampai bila kita nak menetap di dalam kelompok yang jahil tentang agama .
Kerana ketahuilah , bahawa ISLAM ITU INDAH .

No comments: