What can I say about Actuarial Science eh ? #UiTM #Diploma

Nak tutup mulut orang memang susah.
Bila cakap pasal diploma je, orang fikir kita ni budak slow. Aiyoo !
Kenapa mentaliti macam tu?
Semua orang ada hak nak belajar dekat mana dan pendapat aku belajar mana-mana pun kalau rajin dan ada minat nak belajar, Inshaa Allah akan berjaya juga.

So, readers sekalian. Fyi, aku student diploma in Actuarial Science tahun kedua di UiTM Kampus Seremban. Inshaa Allah tahun 2017 aku akan habis diploma level. 

Kalau nak cerita apa itu Sains Aktuari rasanya dah ramai blogger bagitau sebab bukan aku seorang dekat Malaysia ni ambil Actuary. Heh? haha

Aku just nak open Malaysian's perspective about Actuarial Science.
MAJORITY orang dekat luar sana tak tahu pun apa Sains Aktuari ni. 
Kalau ada yang tahu pun, dia orang akan cakap kos ni susah, orang tough je boleh amik.
Eh hello . Aku tak tough mana, badan kecik tapi aku amik Actuary? Hahaha okay bye. 

MINORITY orang tahu pasal actuary tapi dia tak mampu nak galakkan orang apply kos ni sebab takda orang minat and ramai tak tahu. So SUSAH nak terangkan dekat orang ramai-ramai apa itu Sains Aktuari.

SEBAB nya Job Opportunity sangat luas ! Serious luas. 
Mana-mana company confirm memerlukan graduated Sains Aktuari untuk fill in the blank under Risk & Management Department . 
Student Actuary ni macam arkitek kewangan . Mereka yang akan kira kadar premium insurance yang perlu dibayar oleh policyholder, 
Some of parents tak galakkan anak dia ambil kos yang jarang dengar sebab kos tu tak famous and confirm demand tak tinggi. 
Tapi ada juga parents yang sebaliknya. 
Dan ada jugak parents yang leave it all to their children to decide their own future.

Actually memanglah Actuarial Science one of the toughest course TETAPI tough kepada mereka yang tak minat Maths and Add Maths . 
Dah nama Actuarial Science , of course akan berkait dengan numbering, statistic and all.

For those yang minat Maths semua tu, memang mudahlah untuk survive dalam kos ni as long as kita maintain study and work hard to get good marks. 
Setakat ni aku tengok member-member aku ramai je DL , pointer semua 3 and above.

KEY SUCCESS : STUDY & JANGAN MAIN2. 

Aku rasa mana pun kau belajar, nak berjaya dengan cemerlang kau memang kena study. Islam sendiri galakkan umatnya untuk menuntut ilmu. Ilmu tu boleh guna sampai ke akhir hayat kita Inshaa Allah.

so Kesimpulannya . #tipsnakmasukU

Pandai-pandai pilih kawan and jangan selalu ikut member yang suka berjalan sebab nanti takut duit kau melayang and kau takda masa nak bersama buku.
Carilah kawan yang pandai seimbangkan antara belajar, main, release tension etc.

All the best Batch 1115 !




1 comment:

Anonymous said...

Kalau lepasan uitm aktuari laku ke sebab macam menyesal amik degree aktuari tapi dari asasi sains