UBAH PEMIKIRAN UNTUK KEMAJUAN BERSAMA


Kalau ikutkan Kamus Dewan,
Guru bermaksud orang yang mendidik, pengajar, pengasuh dan seangkatan dengannya.
Setiap kali Hari Guru, kita akan tumpukan kepada golongan pendidik di sekolah. 
Tapi jangan lupa kita juga punya golongan pendidik di rumah, universiti, tempat kerja, & mana-mana tempat kita menuntut ilmu walaupun hanya sekecil ilmu.
Dunia semakin maju dan perlu juga seiring dengan pemikiran generasi zaman kini yang menghadapi cabaran masa depan. Di mana, KBAT perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Cadangan saya untuk golongan pelajar bijak pandai zaman teknologi maju ini, apa salahnya kita ubah gaya penulisan kita supaya menjadikan sesuatu itu di luar pemikiran atau jangkaan. Tak salah rasanya jika kita ubah penulisan kita selaras dengan konsep KBAT yang disarankan oleh KPM.
Sebagai contoh, soalan Penulisan yang berbunyi " Tuliskan sebuah karangan mengenai Pemimpin Kesayangan . "
Ada sesetengah orang akan anggap skop pemimpin hanya kepada mereka yang ada jawatan dan dikenali sebagai contoh Dato' Seri Najib, Tun Dr. Mahathir dan lain-lain.
Jangan lupa bahawa di rumah juga kita ada ramai pemimpin. Cthnya:-
Ayah sebagai seorang ketua keluarga.
Kakak sebagai pengawas di sekolah
dan sesiapa sahaja yang memegang jawatan dan mempunyai hak untuk memimpin. Olah sesuatu cerita itu supaya ia menjadi lebih menarik dan mungkin suatu hari dapat menjadi inspirasi kepada yang lain.
Kalau remaja kini pandai berhipster, takkan pula tak pandai mengolah cerita ?
Mengolah cerita yang lebih baik dan menggambarkan kesan positif kemajuan teknologi terhadap gaya pemikiran pelajar masa kini.
Saya bukanlah pelajar terbaik Bahasa Melayu di Malaysia tetapi saya cuba untuk berkongsi sesuatu yang baik untuk kegunaan di masa hadapan.
Masih belum terlambat untuk ucapan
SELAMAT HARI GURU kepada mereka yang telah memberi tunjuk ajar mahupun di sekolah, universiti, tempat awam, dan dimana jua.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Andai ada terkasar bahasa, mohon dimaafkan dan diperbetulkan.
Salam. smile emoticon

No comments: