[NOTA KECIL] Bahagia

Nikmat Tuhan itu luas
Tak mampu dihitung dengan jari
Tak mampu dihitung berapa kali
Kerana Tuhan
Mahu hambaNya bahagia
Dengan nikmat kurniaanNya

Hidup dunia itu sementara
Kehidupan ini bukan selamanya
Tuhan mahu kita bahagia
Tapi
Sejauh manakah kita
Mengenali erti bahagia?

Sedih,  duka
Tak mampu jadikan kau bahagia
Malah makin merana
Jauhkan dirimu
Jauhkan hatimu
Dari sifat kecewa sehingga berair mata
Kerana
Bahagia itu indah belaka

Hidup ini
Terlalu singkat untuk kecewa
Carilah bahagia
Selagi kau bernyawa
Bahagia kan buat kau gembira

Biarkan halangan menimpa
Asal kau gagah kental sentiasa
Tapi kau perlu tahu
Tuhan itu Maha Besar kuasanya
Dia mampu mengubah segalanya

Berdoalah
Berdoalah
Berdoalah
Tuhan pasti memperdengarkan

Nukilan : FF'17

No comments: