[NOTA KECIL] Andai Aku Amnesia

Andai aku amnesia
Aku mahu mulakan perjalanan hidup baru
Aku mahu corakkan masa depan ku
Aku mahu jadi insan sesuci kalbu
Kerana dulu aku tak begitu

Andai aku amnesia
Kan ku bina mahligai memori indah
Kan ku lupakan perangai lama yang mentah
Aku mahu jadi persis dewasa
Kerana
Aku mahu hadapi dengan gagah

Andai aku amnesia
Aku tak mahu ingat kisah lama
Tak mahu lagi hidup dibelenggu dosa
Tak mahu lagi gagal selamanya
Kerana
Aku sama macam manusia biasa
Punya impian punya cita-cita
Terus berbakti kepada bangsa
Agama dan negara

Tapi
Aku tak mahu amnesia selamanya
Aku mahu juga ingat kisah lama
Kerana
Kan ku jadikan pahit itu sebagai teladan
Sebelum ku mulakan langkah yang baru

Nukilan : FF'17

No comments: