[NOTA KECIL] Buta

Ramai orang hidup dua mata
Ada juga orang hidup terlebih mata
Itupun kerana
Mereka perlu berkaca mata
Tetapi
Ramai orang tak pernah rasa
Mereka salah guna cara
Pakai mata untuk benda sia-sia

Ada orang matanya buta
Nak lihat keindahan kirim salam saja
Tetapi ada satu perkara
Diam-diam mereka berbicara
Syukur Ya Tuhan
Aku tak guna mata
Untuk perkara tak guna

Kita marah orang terlanggar kita
Kita tengking maki dia
Kita panggil dia buta
Padahal hakikatnya
Kita yang buta

Salah orang nampak sahaja
Salah sendiri ditepis semua
Anggap diri raja semesta
Hakikatnya jua
Diri penuh dengan dusta
Kerana buta tak nampak dosa

Kita tahu kita celik
Kita tahu kita sempurna anggota
Kita tahu kita tak terencat akalnya
Gunalah segala nikmat sebaiknya
Gunalah ia berpada-pada
Bersyukurlah pada Yang Esa
Kerana hari ini
Kita tidak buta

Nukilan : FF'17

No comments: