Doa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum semua .
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam . In shaa Allah .

Sedia maklum saya merupakan bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh .
Setiap kali tibanya minggu peperiksaan , kami akan terlalu akrab dengan buku dan kadang kala tidak mengendahkan waktu makan . Kebiasaannya kelas menjadi mahligai kami setiap kali minggu peperiksaan .
Mereka yang tidak duduk di asrama , setipa hari kita dapat melihat ibu bapa di depan mata .
Berlainan dengan kami yang menjadi telefon awam sebagai medium utama untuk berhubung dengan orang tua .
Kalau telefon awam mengalami kerosakan , kami terpaksa merayu kepada cikgu untuk segera menghubungi pihak yang berkenaan bagi memperbaiki kerosakan tersebut .
Tetapi ada segelintir pelajar yang bijak membawa telefon bimbit tanpa kebenaran warden .
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua .
Pihak warden pasti dapat mengesan aktiviti mereka .

Setiap pagi menjelang waktu subuh sehinggalah asrama dikosongkan bagi sesi persekolahan ,
penghuni asrama akan berduyun menunggu giliran bagi menggunakan telefon awam .
Kebiasaannya , pada minggu peperiksaan telefon awam akan menjadi mangsa .
Strategi dipasang oleh setiap pelajar bagi memastikan mereka dapat menelefon ibu bapa bagi mendoakan kejayaan mereka dalam peperiksaan tanpa perlu beratur panjang bagi menunggu giliran .

Semua pelajar ke buat macam tu ?

Tak semua pelajar yang berbuat demikian kerana masing-masing ada cara tersendiri .
Apa yang saya dapat perhatikan , kebanyakan pelajar cemerlang di sekolah saya akan menelefon kedua ibu bapa mereka sebelum menuju ke surau bagi menunaikan solat Subuh .
Pentingnya doa kedua ibu bapa agar kita mendapat restu dan diberi ketenangan ketika menjawab soalan .
Ada sesetengah orang menganggap , durasi walau hanya 5 minit berbual dengan ibu bapa akan menarik masa belajar mereka .
Sesungguhnya anggapan seperti itu adalah untuk orang yang mahu berjaya tetapi tidak berjaya sepenuhnya .

Sampaikan ada sesetengah orang tidak menggalakkan ibu bapa mereka datang menjenguk mereka dengan alasan mereka mahu belajar .

Tiada apa yang mustahil di dunia ini jika Allah takdirkan ia supaya berlaku .

Satu kisah yang ingin saya ceritakan supaya menjadikan pengajaran di sini .

Saya mempunyai seorang sahabat yang sangat hebat dan sering mendapat tempat dalam apa jua pertandingan .
Suatu hari , beliau menyertai sebuah pertandingan yang berprestij di mana pertandingan ini menentukan ansib beliau sama ada berjaya mara ke peringkat kebangsaan bagi mewakili negeri ataupun sebaliknya .
Apa yang dapat saya lihat dalam diri beliau , beliau sangat berkerja keras dan sanggup tidur lewat bagi menghadapi pertandingan tersebut .
Pun begitu , beliau masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang pemimpin di asrama dan di sekolah .  
Alhamdulillah akhirnya , beliau dapat mencapai impiannya bagi mewakili negeri ke peringkat kebangsaan .
Seluruh warga sekolah turut meraikan kejayaannya dan tumpang bangga dengan pencapaiannya 
Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan beliau , sungguh mudah jawapan yang diberikan .

USAHA , DOA DAN YAKIN 


Mudahkan ?
Menurut beliau setiap kali sebelum menghadap para juri , beliau akan menghubungi ibu bapa beliau bagi meminta restu dan minta didoakan kejayaannya .
Selain itu , beliau juga turut berdoa kepada Allah Taala akan dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik untuk dunia dan akhiratnya kelak .
Seterusnya beliau meletakkan takdir kepada Allah kerana kuasa Allah itu tiada batasnya cuma kita perlu YAKIN kepadaNya agar doa dimakbulkan .
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah .


Sehari sebelum pengumuman nama pemenang , ibu beliau telah mendirikan solat hajat agar beliau dapat membawa pulang berita gembira dan mampu dibanggakan oleh orang lain .

Siapa sangka , hajat ibunya termakbul jua . Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menandinginya .
Segalanya bermula dengan DOA .

Jadi untuk berjaya dalam kehidupan juga , kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat .
In shaa Allah .

Renung-renungkn dan selamat beramal . =)

No comments: