Kesunyian Yang Ditempah

" Bosannya hari ini . Rasa macam tak tahu nak buat apa . "

" Hari ini nak buat apa ye ? Hmm Online Facebook dan Twitter pun okay . "

" Alamak kenapa bosan sangat ni . Tidur je lagi baik . " 

" Eh hari ini aku dah baca Al-Quran ke ? Hmm takpalah . Esok aku baca . Ngantuk pulak . "

Seringkali ayat di atas terucap daripada bibir manis kita ini.
Sedar tak sedar kita memang dah selalu  sebut walaupun kadang kita menafikan sebab nak menutup aib sendiri .
Setiap hari kalau keluarnya perkataan " BOSAN " dalam kehidupan kita , pernah tak kita terfikir yang sepatutnya dalam hidup ini tak perlu pun ada perkataan bosan ,
Kalau saya tanya anda , mungkin tak perlulah anda ucapkan jawapannya di bibir tetapi melalui hati sudah memadai .
Setiap kali anda katakan bosan , adakah anda terfikir bahawa anda sepatutnya mengisi masa yang anda rasakan bosan itu dengan membaca Al-Quran ?

Apa? anda sudah khatam berpuluh kali ?

Hmm Adakah anda yakin anda memahami dan menghayati isi dalam Al-Quran itu ?

Apa ? anda sudah mengkaji setiap sudut dalam Kitab Suci Al-Quran ?

Namun adakah anda mengamalkan dan berkongsi bersama saudara seIslam lain mengenai kajian yang anda lakukan ?

Layakkah kita untuk mengeluarkan perkataan BOSAN sedangkan Al-Quran kitab yang mampu membantu kita untuk menempah ke syurga jika diamalkan dan dihayati tidak diguna pakai sepenuhnya ?

Malah kita lebih suka melayan masa yang bosan itu dengan membuka Facebook , Instagram , dan media sosial yang lain .

" Dalam telefon pintar pun kita boleh buka dan baca Al-Quran secara online . Apa awak ingat kita tak baca Al-Quran kita tak baca melalui online ? "

Memang . Teknologi memang memudahkan kita untuk mengakses apa sahaja kita suka .
Namun saudaraku , berapa peratus sahaja umat Islam yang menginstall aplikasi Al-Quran di dalam telefon pintar masing-masing ?

Jika kita perhatikan di terminal , restoran , bas awam dan tempat-tempat awam yang lain , pernah tak kita nampak umat Islam menggunakan masa mereka untuk membuka aplikasi Al-Quran dan menghabiskan masa untuk membaca walau sepotong ayat sementara menunggu rakan atau menunggu pesanan makanan tiba .

Ini yang dikatkan akhir zaman .

Bukan maksud saya untuk mengatakan bahawa setiap kali waktu terluang kita kena baca Al-Quran .
Boleh juga kita luangkan masa tersebut untuk sesuatu yang juga berfaedah seperti membaca hadis , artikel islamik dan sebagainya .

Jadi alasan apa lagi yang kita mahu beri , bermulalah dari sekarang .
Kita hanya menempah SUNYI tatkala ada yang sebenarnya sentiasa menemani kita .

Bacalah ... Bacalah ... Bacalah ...

 #MujahadahItuPahitKeranaSyurgaItuManis
#MuhasabahDiri
#Andaitersilapsilaajarkan

No comments: