Kalau nak hidup , kita perlukan ...

" Bro , kalau nak hidup dekat dunia ini perlukan duit . DUIT ! Kalau takda duit macam mana kau nak hidup . "

" Alamak ! Mama tak bank in duit lagi . Macam mana nak hidup ini ... "

Eh apa pulak kisah untuk kali ini .

Cuba kita fikir dan imbas kembali . Ayat yang selalu kita sebut seperti :
- macam mana nak hidup kalau takda duit
- kalau nak hidup kena ada duit

Apa kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut ? Haa . Mari sini saya terangkan dengan seterang lampu minyak tanah .

Sebenarnya siapa bagi kita hidup ? DUIT atau YANG MAHA ESA ?

Kita rasa ayat tersebut takda cacat cela sebab orang sekeliling kita selalu guna ayat itu dalam kehidupan seharian . Jadi kita tak mudah nampak kesalahan disebalik ayat tersebut .
 Kita hanya perlu tambah satu perkataan dalam ayat tersebut .

Contoh :
-macam mana nak SARA hidup kalau takda duit
-kalau nak SARA hidup kena ada duit

Haa nampak tak perbezaannya . Nampakkan ! =D

Maksud kedua-dua ayat di atas pun berlainan .
Jadi fikir-fikirkan .
Senang cerita sebelum kita cakap sesuatu , kita fikir logik disebalik ayat yang akan kita ucapkan .
Tapi janganlah sampai kita terus diam membisu ,
Lama sangat memikirnya ! Agak-agaklah bro . ==.

Saya , kita semua manusia yang lemah . Hari-hari tak lepas daripada sebarang kesilapan atau dosa .
Jadi tak salah kita mulakan langkah pertama .
Melalui lisan pun jadilah .
Kerana ketahuilah Allah itu Maha Kuasa Lagi Maha Adil .
Dia tahu yang terbaik untuk kita .

Maaf andai tersilap langkah terlanjur kata kerana saya manusia biasa .
Tunjuk ajar dialu sentiasa agar kita tak tersesat dari jalanNya .

Sekian .

2 comments:

Unknown said...

uish ...pandai mengarang rupanya..siap blog lagi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.