Temuduga Malaysia Aviation Training Academy ( MATA )

Selamat Sejahtera ke atas semua ! =D Hari yang ceria Alhamdulillah .
Entry kali ini sis nak ceritakan serba sedikit pengalaman sis sewaktu menghadiri temuduga  MATA .

"MATA itu apa sis ? Tak pernah tahu pun . Mata kita ea ? hehehe . "

Alamak payah kalau orang tak tahu MATA itu apa . 

Malaysia Aviation Training Academy ( MATA ) 
MATA merupakan sebuah pusat latihan penerbangan yang diiktiraf oleh Department of Civil Aviation Malaysia (DCAM) dan menyediakan  Licensed Aircraft Maintenance Engineers and Technicians .  
Di sini lahirnya para jurutera dan juruteknik pesawat yang diiktiraf dan profesional .
Senang cerita MATA ni untuk dapatkan lesen penerbangan . Kalau anda tiada lesen ini maka anda tidak dibenarkan sama sekali menyelenggara pesawat apatah lagi memegangnya .
Untuk maklumat lanjut , sila layari laman web di bawah : -


Selain daripata MATA , terdapat juga pusat latihan penerbangan yang lain seperti :-

Dilog Training & Services (DTS) dan ada lagi tapi tak ingat .


Kembali kepada tujuan utama kita iaitu TEMUDUGA MATA .

Sebelum pergi interview buatlah research pasal aviation . Kalau boleh hafal bahagian pesawat dan kegunaan , tragedi kemalangan pesawat di Malaysia , tokoh dalam bidang penerbangan dan seangkatan dengannya . Mana tahu ditanya . Bersiap sedia . Orang kata sediakan payung sebelum hujan .

Seperti mana yang kita tahu untuk bahagian 1 akan ada APTITUDE TEST .

Waktu ini anda akan duduk mengikut jurusan masing-masing yang kita mohon masa online .

-Aircraft Maintenance Engineer License ( AMEL )
-Aircraft Maintenance Technician License ( AMTL )

Kepada yang perempuan jangan culture shock sebab biasanya yang datang major adalah lelaki .
Nama pun aviation mestilah ramai lelaki . Jadi mana-mana kaum perempuan , bangkitlah tunjukkan bahawa perempuan mampu terlibat dalam bidang aviation sebagai jurutera dan juruteknik ! yeah! haha over pulak .

Aptitude test tu mengambil masa selama :-

AMEL ( 1 JAM )
AMTL (45 MINIT )

Soalan merangkumi subjek Bahasa Inggeris , Sains dan Matematik . Senang sangat ! Tak payah risau . Kalkulator tidak dibenarkan sama sekali tapi digalakkan bawa . Mana tahu ada gunanya .
As a back up bolehlah .

Bagi melambangkan personaliti seorang jurutera/jurteknik , bawalah pen sendiri bersama .
Jangan nak lenggang kangkung sawi kubis . Walaupun pen disediakan , apa salahnya bawa sendiri punya.
Kalau boleh masa berjalan tu biar nampak berkarisma.

Yang paling best kalau anda dah selesai jawab soalan dan masa yang tinggal masih panjang , anda dibenarkan untuk keluar lebih awal . Nampak macam senang sangat kan soalan dia ? hee

Dan beberapa minit kemudian sesi temuduga dimulakan .
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jurusan (AMEL/AMTL)
Dalam satu kumpulan ada dalam 5/6 orang bergantung kepada calon yang hadir.
Masa hari tu yang datang 51 orang .

Semasa sesi temuduga berlangsung , Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama ketika sesi berlangsung.
Tak kiralah BI anda tonggang terbalik ke apa . Kena cakap BI juga .
Tetapi sekiranya anda memang tak tahu langsung perkataan yang anda nak cakap tu dalam BI , dipersilakan cakap dalam Bahasa Melayu . Tapi untuk perkataan itu jelah .
Tapi masa cakap tu kalau boleh ada keyakinan diri . Barulah kita rasa bersemangat !
Kalau kita asyik mengeluh , macam mana nak berjaya ... ==.

Antara soalan yang biasa ditanya :-
# Please introduce yourself 
# How about your family background ?
# What kind of engineering project that you have develop and done ?
# What is your ambition ?
# How you know about MATA ?
# Why you want to join MATA ?

Haa macam tulah soalan dia .
Jangan takut kalau salah cakap sebab semua fasilitator MATA sangat sporting dan friendly .
Masa sesi temuduga , kalau anda nak gelak pun gelaklah . Tapi untuk perkara yang anda rasakan lawak sahaja . Hee Janganlah sampai gelakkan orang pula ! == Behave lah sikit .

Untuk pengetahuan anda , persaingan adalah sangat sengit kerana anda akan bersaing dengan calon yang lebih berpengalaman dan sudah pun memiliki Diploma/Ijazah dalam penerbangan .
Jadi jangan nak tunjuk lagak anda macam tahu semua perkara  okay ! =)


Lepas habis sesi temuduga untuk hari itu , lega hati sis . Ingatkan dia suruh namakan bahagian pesawat atau terangkan pasal pesawat ...
Tak susah pun sebenarnya ! hee

Okay . Selamat Maju Jaya kepada adik-adik yang bakal menghadiri temuduga tau masih belum mohon MATA . hehe

Semoga membantu . Maaf jika ada tersalah informasi . =)





3 comments:

Unknown said...

Kalau ad patah boleh join jugak ke ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Masa interview kene bayar berape eh