Dalam Kehidupan Kita Diberi Pilihan

060515 – Rabu
 Budak BATCH 1997 mestilah tahu kan hari ni ada apa .
HARI BERSEJARAH di mana ia menentukan MASA DEPAN ! Cehhhh ( SEMAKAN TAWARAN KE IPTA )
Makin ramai countdown , makinlah aku rasa berdebar . Sebab aku daripada dulu teringin nak masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) . Bukanlah sebab aku nak glamour dengan nama ANTARABANGSA , tapi aku nak rasa satu kehidupan yang lain daripada yang lain . Pergi mana-mana speaking internationally . Cehhh .  Debaran kian terasa …

Dan akhirnya , tepat pukul 12 tengah hari . Dup dap dup dap !
Semangat nak semak tawaran , at last kami semua pasrah . Kami dapat jurusan yang sama ! Tak percaya kan .

Nama jurusan kami ialah 500 INTERNAL SERVER ERROR . Yeah big applause for us ! Okay tak lawak pun . Kami warga TEENAJAH pun buatlah lawak sendiri sementara nak tunggu line clear . Sembang kosong hambar ~
Akhirnya ! Aku jumpa jalan penyelesaian di Twitter . Ada hamba Allah ni share link untuk semak tawaran ke IPTA . Alhamdulillah dipermudahkan urusan . Macam biasalah , nak type nombor I/C pun aku berdebar . Dimulakan dengan Basmallah .

Yeah finally , Inilah dia . Haaa tengok puas-puas ! =D
UiTM – Diploma Sains Aktuari


Memandangkan TEENAJAH ni pelajar lelakinya cerdik belaka , maka kebanyakan daripada mereka dapatlah melayakkan diri ke program Asasi . TAHNIAH SEMUA ! REZEKI ITU ADA DI MANA-MANA.
“ Eh haaa Haa ?! Aktuari tu apa ? Tak pernah dengar pun , sains ke ? “
Sini , tekan link di bawah . Sila baca ya . Malas nak explain sebab dah banyak sangat blogger yang explain pasal sains aktuari . Blog ni aku rasa antara yang terbaik untuk jelaskan persoalan anda.





Mula-mula aku sedikit frust sebab aku tak dapat UIAM – Asasi Seni Bina & Alam Sekitar . Aku memang teringin sangat nak dapat jurusan tu . Tapi apakan daya . Aku tahu ALLAH dah tentukan apa yang terbaik untuk DUNIA & AKHIRAT aku . Mudah- mudahan . Allah tahu kekuatan dan kelemahan kita . Lagipun nak jadi pelajar seni bina perlu ada ketahanan dan jiwa yang sangat kental ! Mungkin ALLAH tahu aku tak mampu , jadi Dia letakkan aku dekat jurusan yang sesuai dan lebih baik untuk masa depan aku .
Dalam hidup ni , kita kena sentiasa HUSNUZON dengan segala takdir dan ketentuan Allah SWT . sebab apa tau …

“ ALLAH IS THE BEST PLANNER “

Even ibu ayah keluarga pun takkan tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan . Hanya Allah yang tahu . Yang penting , anggaplah apa yang Allah beri adalah sebagai satu dugaan sama ada kita adalah hamba yang BERSYUKUR atau KECEWA/MARAH dengan apa yang telah ditetapkan .
Kau tak payahlah nak meraung bagai sebab tak dapat jurusan yang kau nak , sebab … ada je lagi orang lain yang tak bertuah seperti kau . Sekurang-kurangnya kau dapatlah offer IPTA , daripada tak dapat langsung ? Haaa mana lagi merana jiwa raga rotan sabut beb !Beruntunglah kerana kau adalah orang yang terpilih . Kadang-kadang kalau memilih sangat pun boleh jadi masalah besar ~ Tak minatlah . Jauh sangatlah . Takda memberlah . Biasalah manusia . Takkan pernah sempurna kan ?
Lagi satu ni , ingat !

Kau jangan nak pandang rendah sangat dekat budak diploma . Aku hempuk nanti ! haaa. Apa kau ingat semua budak diploma ni budak low-low je ke ? Ada je pelajar STRAIGHT A ambil diploma . Relax je . Mereka tak malu pun .



“ Kejayaan bukan terletak pada jurusan/program yang kita dapat , ia bergantung kepada USAHA & DOA kita . Mana-mana pun kau ditempatkan , kalau tiada usaha tak guna juga . “ 

As long as kita tak lupa Ibu Ayah bila dah berjaya nanti . Tanpa mereka siapalah kau pada hari ini .       

Salam Perantauan – Future UiTM Student

No comments: