#SPMLeaversGoal : What's next ?

Alright ! Memandangkan aku dah nak masuk ke alam universiti ,
jadi aku nak share sesuatu kepada bakal #SPMLeavers atau pun yang sedang menjadi     " PENGANGGUR TERHORMAT " ,  apa yang kau patut buat dan aktiviti yang bermanfaat sepanjang cuti percuma anda .

Apa yang bakal aku share adalah atas dasar prihatin dan sayang terhadap masa-masa terluang
anda semua dan segala aktiviti yang aku kongsikan ini adalah melalui pengalaman sendiri dan perkongsian rakan seperjuangan ~

90% dalam pemikiran setelah habis menjawab kertas soalan terakhir adalah 
MELEPASKAN APA YANG TERBUKU DAN BERSARANG DALAM OTAK KAU DAN ANGGAP BAHAWA KAULAH MANUSIA YANG TELAH BEBAS DARIPADA SANGKAR FORMULA , FAKTA , TEORI DAN LAIN-LAIN . 
...
Betul kan ? Maaf kalau aku je rasa macam itu , Heee ~
...

(1)

KEROHANIAN
Semestinya perkara paling penting kau patut buat ialah DOA.
Ingat tak , bila kita nak exam kita paling kerap jumpa siapa ?
Bila kita lupa formula yang kita hafal kita minta tolong siapa ?
Sebelum kita nak masuk dewan , kita berdoa kepada siapa ?
Jadi, faham-faham jelah .
Bila dah habis exam , jangan ingat kita kena lupakan juga satu perkara ni 
...
ALLAH TAALA
...
Kan dah habis exam , pagi-pagi bukannya buat apa sangatkan .
Jadi apa salahnya kalau kita buat amal ibadah . 
Solat Sunat Dhuha , Solat Sunat Hajat , Baca Al-Quran ( 2 helai pun jadilah , lebih lagi baik ) , perbaiki apa yang kurang dalam ibadah dan sewaktu dengannya.
Dan yang paling penting , berbaktilah kepada ibu bapa sebab nak berjaya perlukan redha ibu bapa juga . =D 
Tebuslah balik apa yang kau tak sempat buat untuk ibu ayah sepanjang kau duduk asrama .
Kalau yang sekolah harian itu , tebuslah balik apa yang kau tak sempat buat untuk ibu ayah sepanjang kau sibuk duduk dekat meja belajar .Apa salahnya kita luangkan masa bersama keluarga .
Paling penting , jangan sakitkan hati mereka . Hmm . Sebab kau ni dikira dalam zon berpantang lagi .
Yalah , result SPM belum keluar dan masa depan kau sedang diproses. haha
Faham-faham jelah ya adik-adik.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa .
Apa jua kebaikan yang kau lakukan , jika ianya ikhlas , tulus ,
inshaa Allah akan diberi balasan sama ada cepat atau lambat .


(2)

UA/IPTS/DLL
Jangan anggap kau bebas sepenuhnya sebab kau akan lalui benda yang paling penting untuk masa depan kau selepas SPM .
Seperti yang kita tahu , selepas SPM biasanya kita akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) , Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau mana-mana pusat latihan akademik( Contohnya MATA , DTS ) yang diiktiraf .
Khidmat pesanan pelajar daripada aku , rajin-rajinkanlah diri explore dan survey course-course yang ada di UA / IPTA dan seangkatan dengannya .
Kalau kau tak tahu nak survey pasal apa , cuba buka laman web seperti di bawah .


Buatlah andaian keputusan SPM kau yang bakal keluar nanti .
Masukkan keputusan Peperiksaan Percubaan pun okey .
Lepas dah dapat feedback , cubalah usha course yang kau layak berdasarkan keputusan peperiksaan yang kau masukkan itu . Lagi bagus kalau kau usha semua . Nanti dah dapat result SPM sebenar , takdalah banyak benda kena survey .

Semua orang ada angan-angan nak masuk universiti mana . Jadi tak salah kalau kita lawat website universiti yang kita teringinnn sangat nak masuk ! Paling penting tengok requirement universiti itu sekali ya . 

(3)

BERJUMPA KAWAN LAMA
Ini akan menjadi satu kepastian buat kanak-kanak riang haha
 (lebih-lebih lagi budak asrama ) .
Cuma nak pesan , jangan buat perjanjian nak jumpa kawan dalam tempoh 3 minggu atau sebulan selepas kau habis SPM .
Dahlah kau baru habis SPM , lepas itu kau nak keluar jumpa kawan pula ?!
Kasihan ibu ayah menanti kita habis SPM , mengharapkan supaya kita dapat meluangkan masa bersama mereka .
Yang kita lagi pentingkan kawan daripada keluarga . Aduhhh. Sakitnya tuh disini ~
Faham-faham jelah . Anda sendiri dah berumur 17+ tahun .
Maka berfikirlah secara matang dan fikir perasaan orang lain ya .

Masa jumpa kawan-kawan , pastikan perkara yang kita bincangkan adalah bermanfaat .
Tak perlu jaja cerita orang walaupun hakikatnya ia sudah menjadi lumrah . Hmm =_=
Lagi bagus kalau bincang pasal masa depan .
Course apa yang sesuai , universiti mana , perancangan selepas habis belajar , nak kerja ke , nak buat bisnes part time ke , kahwin ke ...

Oppppsssss . Maaf ~ Kahwin tu joke ! Aip jangan nak mengada ya . 
" Graduate first , get in the ring later "

(4)

BEKERJA SAMBILAN
Biasanya memang ramai akan kerja sambilan . Tapi mostly kaum lelaki lah .
Sebab perempuan bawah umur kalau kerja macam leceh sikit .
Nak nak yang tak pandai berdikari . Faham-faham jelah ~

Tempat yang mendapat sambutan adalah seperti : -

 > Restoran , Burger King , McDonalds , KFC , Pizza Hut dan lain-lain
> Semua kedai yang ada di shopping mall
> Perpustakaan Awam
> Kedai Telefon 
> Kedai Runcit
> Pasaraya Besar ( Mydin Mall , Tesco etc )

Gaji bila dah dapat, jangan boros tau !
Pastikan cukup untuk beli satu laptop ( bagi yang tiada laptop ) untuk persediaan nak sambung belajar . Laptop ni boleh dianggap penting di universiti nanti .
Okay ! 

(5)

EXPLORING GADGET AND APPLICATIONS
Mata-mata yang sedang membaca ni kebanyakan dah ada telefon pintar .
Jadi dengan adanya gajet tersebut , maka rajin-rajinkanlah diri membelek GO Store bagi mendapatkan aplikasi yang bermanfaat .

Contoh aplikasi yang popular :
iQuran Lite
iSolat

Kalau macam iQuran Lite , apps ini sangat bagus sebab disediakan terjemahan Al Quran dalam Bahasa Inggeris , ada peringatan untuk bacaan Surah Al - Kahfi setiap hari Jumaat , pemahaman tajwid dan surah-surah adalah disusun sama seperti di dalam Al-Quran . Sangat sesuai untuk mereka yang nak improve English .

iSolat ni perincian dia seperti waktu solat bagis setiap waktu termasuk Syuruk dan Dhuha , arah Qiblat , seruan Azan setiap kali masuk waktu , peringatan waktu solat dan banyak lagi .

Tu antara apps yang bermanfaat untuk di install ya.

Okey yang dah ada laptop tu , bolehlah godeh-godeh laptop tu .
Mantapkan Microsoft Skills pun bagus juga . Nanti dekat universiti nak buat assignment senang .

TETAPI , janganlah berkepit je dengan gajet ya . Pastikan luangkan masa dengan famili juga .

(6) 

LESEN KERETA / MOTOSIKAL

Nak ambil lesen pun tiada masalah . Tetapi pastikan tidak membebankan keluarga ya .
Kalau ada lesen mungkinlah memudahkan pergerakan anda . Sebab ada sesetengah orang kolej dia di luar kawasan universiti . Tapi kalau takda lesen pun takpa . Pengangkutan awam ada ...
Oh ya.
Pastikan pass setiap ujian dan peringkat penilaian .
Kalau contoh kau tak pass , kau kena repeat .
Repeat kena bayar tau ! Bukannya free .
Jadi fikir-fikirkanlah . Jangan ikut kawan kalau kau sendiri tak ada keyakinan dan kesungguhan dan belajar memandu .
Sia-sia je .

Tiada lesen bukan bermakna kau ni POYO / ANAK MANJA/ DLL.
Lantaklah orang nak cakap apa kau takda lesen kereta .
Masuk universiti bukan dia minta lesen kereta pun .
Lambat laun kau akan belajar memandu juga .
Jangan risau ~

(7)

COOKING / BAKING / TESTING

Haa ni the best part !

Buku resipi kan banyak dekat rumah tetapi aku yakin boleh kira dengan jari berapa resepi yang kita dah try .
Jadi sepanjang cuti yang bermanfaat ni ringan-ringankan kaki dan tangan untuk bekerja di dapur .
Bila dah pandai masak , senang .
Andai kata nanti kau kena duduk kat luar kampus , bolehlah masak sendiri . JIMAT duit . hehe
Takkan nak makan kat luar je . POKAI lahhh .
Lagipun , bolehlah tukar-tukar resepi dengan housemate , roommate dan segala mate . hee

Buat kek pun sangatlah menyeronokkan . Belum cuba belum tahu !
Lelaki / Perempuan tidak terlepas daripada menggunakan dapur gas .
Jadi , bermesralah bersama dapur di rumah sementara free bagi masa depan yang lebih mudah ! hewww~

(8)

AKTIVITI LASAK 

Wahhh aktiviti ni sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran .
Dekat Malaysia ni banyak gunung , bukit , hutan simpan , hutan bandar dan segala tempat yang menarik dari segi keindahan flora dan fauna .

Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti :
# Mendaki gunung / bukit
# Membuat kajian mengenai tumbuh-tumbuhan
# Berkelah 
# Diving / Scuba / Snorkeling
# Paint Ball Game
# Jungle Tracking
# Wall Climbing
# dan segala aktiviti yang disediakan oleh pihak Taman Negara / Hutan Bandar / Hutan Simpan dll

(9)

MELANCONG DALAM NEGARA / LUAR NEGARA

Untuk aktiviti yang ini , terlebih dahulu minta izin ibu bapa sekiranya ingin melancong bersama rakan-rakan .
Kebaikan bila melancong bersama rakan-rakan , kita dapat belajar macam mana nak uruskan perjalanan pergi dan balik .
Biasanya ibu ayah yang uruskan penginapan dan lain-lain . Jadi , melalui aktiviti bersama rakan-rakan dapatlah kau belajar sikit-sikit pasal dunia luar tanpa ibu bapa .
Tetapi sebelum berangkat , pastikan poket setebal-tebalnya ya , kad kredit bawa , ATM lagi . heh


(10)

SERTAI APA JUA AKTIVITI YANG MELIBATKAN ALUMNI

Okay sekarang ni kena sedar diri sikit kau dah pun jadi ALUMNI / BEKAS PELAJAR .
Biasanya akan ada Group Alumni di Facebook atau laman web rasmi alumni .
Sertailah group tersebut bagi mendapatkan info terbaru ataupun aktiviti yang akan dijalankan di bawah kelolaan alumni .

Kalau rasa kau ada idea yang bernas dan terbuku , bolehlah manfaatkan idea tersebut dan sediakn kertas kerja lalu jadikan ia sebagai salah satu projek bagi pengisian alumni . Kemudian serahkan kertas kerja kepada pengerusi alumni atau pihak sekolah untuk dipertimbangkan .

Contoh :
Nak buat kem kepimpinan bagi sekolah rendah di bawah kelolaan alumni sekolah tersebut .
Buat satu mesyuarat rasmi bersama alumni yang lain dan bincangkan mengenai perkara ini .
Lantik AJK bagi program tersebut .
Bincangkan tentang sumber kewangan , aktiviti dan lain-lain.
Sediakan kertas kerja .
Serahkan kepada pihak yang berkenaan .

Banyak kebaikan yang boleh kau dapat . 
Salah satunya , kau boleh involvekan diri dalam aktiviti kemasyarakatan .
Dapat pengalaman uruskan program kepimpinan .
Mengukuhkan silaturahim dengan guru-guru dan warga sekolah
Masa dapat diluangkan dengan perkara bermanfaat.
__________________________________________________________________________

Okeylah . Mungkin sampai di sini sahaja perkongsian masa cuti percuma kami . hehehe
SEMOGA BERMANFAAT KEPADA ANDA ~
Tiada unsur provokasi atau menyakitkan hati . *Peace*

Kalau ada aktiviti lain yang lebih menarik sila share . Terima Kasih !