Hipokritkah kita di luar dan dalam ?

Hari pertama yang aku lalui sebagai seorang pelajar universiti dah cukup menggambarkan betapa goyahnya iman.

Kadang aku terfikir mampukah aku mempertahankan bekalan ilmu agama yang ku perolehi  untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian ku?

Sekarang aku faham betapa sukarnya jihad melawan nafsu.

Nak tak nak aku kena hadam juga lumrah kehidupan yang manusia tak semuanya sempurna kerana adanya hikmah di sebalik segala ciptaan Allah di muka bumi ini.

Haritu aku ada terbaca satu blog yang menceritakan tentang perbezaan kehidupan mereka yang berstatus pelajar sekolah agama di dalam sekolah dan di luar kawalan sekolah.

Setiap rangkap penceritaan si penulis amat menyentuh perasaan tatkala aku terbaca satu bingkisan ayat yang mungkin mampu memberi seribu sentapan pada hati-hati yang membacanya.

"Sepatutnya mereka yang bersekolah agama dan telah pun dididik dengan persekitaran Islam perlu 2x ganda lebih banyak mengaplikasikan persekitaran tersebut di luar sekolah & mempengaruhi orang lain untuk turut serta. Namun apa ku lihat kini jauh berbeza daripada apa yang ku sangkakan"

Apa yang tak disangka oleh penulis ?
Dan expectation beliau jauh berbeza daripada apa yang sebenar-benar berlaku.

Aku pula melalui situasi tersebut.

Sekarang hidupku lebih banyak dikelilingi mereka yang berstatuskan pelajar sekolah agama.
Namun yang menghentikan lidahku untuk berbicara dengan mereka ada cara pergaulan mereka, percakapan dan sebagainya.

Aku terkesima.

Kenapa boleh jadi begitu? Apa tidak terkesankah persekitaran yang dipraktikkan pihak pentadbiran sekolah kepada mereka? Atau mereka ada tujuan lain untuk bersekolah ?

Melalui visi & misi tertubuhnya sekolah agama adalah untuk melahirkan dan memberi peluang kepada pelajar beragama Islam untuk menceburi bidang agama dengan lebih mendalam dan menjadikan mereka ummah terbilang.

Tapi hari ni aku masih tak faham kenapa mereka sedikit pun tak melambangkan siapa diri mereka di dalam sekolah dengan di luar sekolah.

Bila mereka sudah bergelar Alumni, sebahagiannya terus singkat tudung labuh mereka, terus hilang handsock dan socks mereka, terus bertebaran kopiah mereka, terus berkecai tasbih  mereka. Sobs

Bila ditanya kenapa kau berubah begitu drastik?
"Alah dalam sekolah kena pakai tudung labuh kan sebab peraturan. Chill luar sekolah sukahati lah."

Mana pergi kerajinan kau pergi ke majlis ilmu sewaktu di sekolah?
"Itu member ajak je. aku pergi sebab nak tengok mamat hensem tu hahahaha "

Eh kau dulu yang rajin pergi surau tu kan ?
" Mana ada.. Kan dulu warden marah kalau solat dekat bilik. Kenalah solat dengan surau. Kalau ikutkan malas je . Hmm "

See? Hmmm.

Semuanya bergantung pada NAWAITU.

NIAT KITA
...

NIAT
...


Aku cakap ni bukan sebab aku main sedap ikut mulut nak share dengan semua orang .

tapi kadang-kadang diri sendiri kena sedar yang umat Islam kena bangkit.
Orang MELAYU terutamanya. Kita ni kaum majority tetapi amalan sebagai seorang Islam macam minority.

Apa Khabar Iman?
Dah sampai tahap mana keimanan kita?

Tepuk dada tanya hati tanya iman.

Kalau kita ada masa nak bash orang, kenapa tidak kita lebihkan masa untuk muhasabah diri ?
Maaf Salah Silap.

-Unknown-


1 comment:

Muhammad Akiff said...

Nice entri..👌👌