Kita kena selalu bercakap soal HATI

Kenapa kita perlu SELALU bercakap soal hati ?
Kerana hari-hari kita bermain dengan perasaan .
Kerana perasaan itu lahirnya daripada HATI.

Kenapa manusia senang sakit hati?
Kerana hati manusia senang memberi harapan,
tapi jarang pula ditunaikan

Hari-hari kita sibuk fikir soal HATI.
Kerana dalam HATI nafsu juga kadang menyibukkan diri.

-HATI_KOTOR-

Perasaan itu datang daripada hati, dan hati lah yang akan memberi gambaran perasaan seseorang itu sama ada sedih, gembira, heartless pun adaaa. =)
Tapi kebanyakan orang pada hari ini banyak mempunyai masalah dengan HATI.
Kerana HATI, manusia sampai bunuh diri, tak makan sehari, tak mandi seminggu. Hanya dengan sebab HATI TELAH DISAKITI.
Kenapa boleh jadi hati senang disakiti? Hmm
Sebab kita sendiri tak pandai jaga hati.

PUTUS CINTA? HATI RABAK TERKOYAK TERLUKA KUDIS NANAH (okay over =.=)

Macam mana boleh jadi macam tu? 
Sebab kita terlalu meletakkan pengharapan kepada manusia.
Harapan itu pula kita simpan dalam HATI.

Kita tahu sebaik-baik perancang adalah Allah Yang Maha Esa. Tapi cuba kita fikir dan imbas kembali.
Selama kita hidup dekat dunia ni, berapa peratus kita letak pengharapan sepenuhnya kepada ALLAH  TAALA?
KEBANYAKKAN orang meletakkan harapan kepada manusia kerana kita LEBIH PERCAYA MANUSIA daripada TUHAN.
Aku, kita semua manusia biasa. Iman lagilah hanya senipis kulit bawang.
Kita semua masing-masing ada nafsu tapi diri sendiri pun tak mampu nak kawal nafsu sendiri.
Dan hingga kini aku pun tak tahu bagaimana mahu mengawal nafsu. 
Lebih-lebih lagi NAFSU HATI.

Boleh dikatakan hari-hari kita akan berkomunikasi dengan orang sekeliling lebih-lebih lagi mereka yang perlu berkomunikasi dengan public. Kalau ikutkan hari-hari kita akan jatuh hati dengan orang yang berbeza sebabnya kita jumpa orang berlainan.

Sejak aku habis SPM, aku letak satu prinsip untuk letakkan pengharapan kepada Allah supaya hanya  Allah yang menentukan sesuatu itu untuk kebaikan di dunia dan akhirat ku. Kalau memang si Dialah maka dengan harapan semoga Allah pelihara dan permudahkan, dan andai dia membawa keburukan dan kemudaratan dekat aku maka dengan harapan Allah jauhkan dia dari aku. 

Prinsip ini masih aku pegang erat tapi kadang-kadang agak goyah sebab aku tak mampu jaga hati. Namun kuasa Allah itu lebih hebat daripada hambaNya. Banyak peluang diberikan kepada aku untuk aku anggap ia sebagai dugaan. Mungkin Allah sudah pun permudahkan urusan antara aku dan dia tetapi bijaknya Allah Taala , Allah mahu melihat bagaimana kami mengawal HATI. 

Pergi simpang mana kita akan bercakap balik soal HATI. Sebab hati kadang-kadang boleh buat kita leka dan boleh hilang pergantungan kepada Allah. 

Semakin kita dewasa kita akan makin sukar mengawal perasaan. Semakin kita dewasa makin sukar untuk kita membuat keputusan.

Nak jaga hati daripada NAFSU bukan senang. Ada orang dia berprinsip untuk tak mahu berchat/whatsapp dengan si dia tapi akhirnya ada juga  tali perhubungan yang membuatkan mereka berhubung.

Jelaskan HATI sukar dikawal?

Dan kadang-kadang kerana HATI kita tak mampu nak fokus dalam ibadah kerana HATI telah pun dikotori. 

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu juga datang daripada Allah tetapi disandarkan daripada hambaNya tersendiri. 
Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.

Semoga kita sama-sama dapat jaga hati ='(

-Unknown-

No comments: