SEKECIL-KECIL HIKMAH

Kenapa dekat PTAR tak boleh pakai selipar ?
Kenapa warden marah kalau kita main kejar-kejar dekat tangga asrama ?
Kenapa jalan raya perlu ada lampu isyarat?
Kenapa cikgu marah kalau kita tak tumpukan perhatian dalam kelas ?
Kenapa dalam hidup sentiasa ada PERATURAN ?

Jawapan untuk semua persoalan di atas : -
***


Kenapa dekat PTAR tak boleh pakai selipar ?
Kerana ia tidak melambangkan sahsiah rupa diri seorang pelajar

Kenapa warden marah kalau kita main kejar-kejar dekat tangga asrama ?
Kerana ia akan mengundang kecederaan secara fizikal

Kenapa jalan raya perlu ada lampu isyarat?
Supaya lalu lintas dapat berjalan dengan lancar

Kenapa cikgu marah kalau kita tak tumpukan perhatian dalam kelas ?
Supaya kita tak tertinggal dalam pelajar dan dapat keberkatan


***
Kenapa dalam hidup sentiasa ada PERATURAN ?
PERATURAN ?

Nak uji sama ada kita ni jenis orang yang ikut peraturan ke tak, kita kena lihat dulu macam mana perilaku kita terhadap peraturan yang Allah tetapkan


Allah pesan TUTUP AURAT
Allah pesan JANGAN BUKA AIB ORANG
Allah pesan SELALU BUAT BAIK DENGAN ORANG TUA
Allah pesan JANGAN TINGGAL SOLAT
Allah banyak kali pesan LAKUKAN KEBAIKAN DAN JAUHI KEJAHATAN

Kenapa Allah bagi kita larangan dan galakan macam tu ?
Mudah je. Sebabnya ...

APA YANG ALLAH KATA ITU BENAR DAN ADA SEBAB / HIKMAH DISEBALIKNYA

Allah tekankan perempuan dalam penjagaan aurat dan maruah adalah kerana perempuan menyimpan seribu satu rahsia.
Sebab itu PEREMPUAN SANGAT TINGGI DI SISI AGAMA.

Allah larang umatNya untuk membuka aib orang lain kerana janji Allah itu pasti bahawa
"Mereka yang berbuat baik akan dibalas baik, maka sebaliknya"

Allah larang kita bercakap kasar dengan orang tua malah lebih menggalakkan kita menyumbang bakti kepada mereka. 

Allah kata JANGAN TINGGAL SOLAT kerana solat itu tiang agama dan solatlah yang akan menjauhkan kita daripada kemungkaran

Allah lebih suka sekiranya umat Islam melakukan KEBAIKAN dan menghindari KEJAHATAN

Ada hikmah kenapa Allah berkata begitu. Ini kerana setiap apa yang berlaku di dunia ini ada sebab musababnya.

Bila kita lakukan KEBAIKAN, perkara yang baik itu akan dibalas baik dan kita juga akan mendapat pahala disisi Allah Taala malah kita lebih disukai oleh orang .

Bila kita lakukan KEJAHATAN, perkara jahat yang kita lakukan akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan. Orang sekeliling juga akan memandang serong terhadap diri kita.

Apa yang Allah tetapkan adalah yang TERBAIK untuk kita semua.

Samalah juga seperti apabila kita menginginkan sesuatau tapi Allah tak izinkan untuk kita capai benda tu.
Itu bermakna Allah tahu itu bukan terbaik untuk kita.
Ada yang LEBIH BAIK menanti tapi bukan dimakbulkan pada masa tersebut.

Kita TAHU ALLAH PERANCANG TERBAIK, tapi kita di GOPOH dan GELOJOH
Mahu cepat doa dimakbulkan tapi usaha tak setinggi mana.

Selalu kena ingat dalam diri bahawa ALLAH TAALA MAHA KUASA DAN MAHA ADIL
Jadi dia tahu semua perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.

Kita sebagai hamba yang iman senipis kulit bawang perlu tanam rasa  bersyukur. Bukannya mengeluh dan tidak redha di atas nikmat yang Allah berikan.

Kita semua manusia lemah. 
Nak jadi manusia yang kuat dan tabah, kena sentiasa bersikap positif dalam sesuatu situasi yang bersesuaian . Baru kita akan dapat kekuatan dengan bantuan Allah SWT

***
Yang baik itu datang daripada Allah Taala, Yang buruk juga datang daripada Allah Taala tetapi disandarkan atas kelemahan hambanya sendiri

***
Sis juga bukan manusia sekuat iman dan sebaik ulama tapi sis juga CUBA untuk sentiasa dapat dekat dengan Allah Taala.
Inshaa Allah. =)
Salam Ukhwah.

No comments: